Tips and Trick memilih skincare
Tahukah korang bahawa kulit korang ni ada beberapa jenis? Jadi kalau korang pakai skincare tak berkesan, orang lain pakai berkesan, korang tak payah mengamuk macam orang gila. Jadi aku nak kabor cara2 memilih skincare yang sesuai dengan kulit korang, biar korang dapat result gempak dan power nohorom. So basically, tips n tricks ni bukan untuk korang putihkan kulit. Tapi untuk korang sihatkan kulit. Jadi memana yang taksub nak putih, boleh angkat kaki laju2 k.
Jadi ada 5 jenis kulit bila korang nak pilih produk terbaik. Pertama, NORMAL, kedua, COMBINATION (berminyak dan kering pada masa yg sama), ketiga, KERING, keempat, BERMINYAK dan kelima, SENSITIF. So korang kena kenali dulu kulit masing2. Benda ni sangaaaat2 penting supaya korang tak baraikan muka korang nanti kang. Nanti aku terangkan kenapa benda ni penting. Tapi jenis kulit tebal tak reti malu ni kau tampor je hilang la dia punya masalah kulit.
Jadi aku mulakan dengan basic. Basic means, kulit normal , kulit berminyak, kulit kering, daan combination pon boleh pakai benda ni.
1) Basic – Cleanser, Pelembap, dan Sunblock
Untuk cleanser, garis panduan yang selamat untuk semua jenis kulit ialah cleanser tu mestilah jernih atau putih, tak berbau terlalu wangi, dan tak berbuih terlalu banyak. Cleanser ada 2 jenis, satu facial foam, satu lagi jenis liquid. Terpulang nak pakai yang mana asalkan korang ikut ciri2 yang aku list tadi.
Untuk cleanser, garis panduan yang selamat untuk semua jenis kulit ialah cleanser tu mestilah jernih atau putih, tak berbau terlalu wangi, dan tak berbuih terlalu banyak. Cleanser ada 2 jenis, satu facial foam, satu lagi jenis liquid. Terpulang nak pakai yang mana asalkan korang ikut ciri2 yang aku list tadi.
Pelembap. Untuk pelembap, garis panduan untuk cari pelembap yang power ialah warna jernih atau putih, ada HYALURONIC ACID, dan berbau segar atau takde bau langsung. Hyaluronic acid ni adalah salah satu powerful rejuvenating agent, memang dia melembapkan kulit korang tahap maksimum. Pastu akan repair sel kulit korang dan bgi kulit korang nampak sihat.
Dan sunblock. Ramai yang prefer krim daripada sunblock. Korang salah. Sebenarnya krim langggsung tak penting. Yang penting ialah sunblock. Sunblock ni yang akan lindungi kulit korang daripada sinaran UV. Korang dah ada pelembap, korang dan ada cleanser, korang tak perlukan krim sebab cleanser dan pelembap dah cover bahagian repair kulit. Cari sunblock yang spf 30-50.
Nak pakai spf 100 pon takde hal, tak bahaya pon. Cuma bila lagi tinggi spf, korang akan rasa seolah2 selamat untuk berada bawah terik matahari. Jadi korang pon selambe je pergi dedahkan kulit kat sunlight. That is wrong gais. Pakai sunblock secara berlapis, sebaiknya dua lapis. Sapu dulu selapis sampai serap dalam kulit. Pastu sapu lagi selapis. Tu adalah cara yang betul untuk gunakan sunblock.
2) Sekarang korang dah tau yang basic. So kulit normal settle. Sekarang aku nak cakap pasal kulit kering pulak. Kulit kering, korang perlukan mask atau serum sebagai tambahan. Kulit korang tengah ketandusan lembapan. Jadi pilihlah mask atau serum yang ada hyaluronic acid dan dibuat dari bahan2 yang tinggi antioxidant dan vit c. Contohnya mask delima, madu, timun, berries, aloe vera, dan cocoa butter. P/s, untuk kulit normal dan combination, korang boleh join part ni. Lepas korang cuci muka sampai bersih, pakai mask atau serum tersebut. Bagi yg pakai mask, korang boleh cuci lepas 15 minit, bagi yang pakai serum organic, boleh biar sampai esok pagi. Seeloknya pakai waktu malam.
3) Kulit berminyak. Untuk koraang yang ada masalah kulit berminyak, korang perlukan toner. So ni aku nak kabor kenapa penting untuk tahu jenis kulit korang. Kalau oraang yang kulit kering, saaaaangat2 tak digalakkan pakai toner, melainkan korang ada masalah pori terbuka. Barulah korang boleh join sekaki pakai toner. Sebab, bila org kulit kering pakai toner, kulit korang akan bertambah kering. Fungsi toner ialah menyerap lebihan minyak dan mengecilkan pori. Jadi pada sesiapa yang kulit kering tapi pori terbuka, boleh pakai toner.
Tapi pastikan sebelum tido pakai mask hyaluronic acid untuk dapatkan balik lembapan yang hilang. Ok aku sambung. Untuk pilih toner, pilih toner yang tak ada alcohol, atau alcohol bawah 10%. Disebabkan terlalu banyak toner kat drugstore, aku sarankan beberapa toner terbaik untuk korang iaitu Eucerin, Hada Labo (highly recommended), White Rice Skin Beauty, Bio Aqua (mmg highly organic) dan SKII. Kalau korang nak selamat, cari hada labo ngan white rice skin, dua2 ni ada hyaluronic acid dalam toner dia, jadi korang yang kulit kering tak payah risau sangat kalau tak sempat pakai mask malam nanti. Untuk kulit berminyak, charcoal mask works the best!
4) Kulit combination. Untuk kulit combination, korang Cuma perlukan cleanser dan pelembap yang sesuai. Sama macam kulit normal jugak. Untuk kulit combination, mask yang sesuai untuk korang ialah mask yang jenis clay, charcoal, dan mud. Cari ciri2 cleanser dan pelembap yang aku kabor tadi. Kulit combination ni slalunya berminyak kat T-zone, tapi kat bahagian lain kering. Jadi kalau korang prefer untuk pakai toner, saapu toner hanya pada habagian yang berminyak dengan kapas. Bukan sapu seluruh muka, itu salah satu benda penting yang sebenarnya korang tak pernah amik tahu pon. Tapi untuk pelembap, korang boleh sapu kat bahagian keseluruhan muka.
5) Kulit sensitif. Untuk kulit sensitif, korang sangggggaaat perlukan jagaan rapi. Sorry to say but, korang memang kena try and error. Sebab korang sendiri tak tau kulit korang sensitif dengan bahan apa. So alternatifnya ialah, korang kena pakai sikit produk tu kat pipi korang, dan biarkan beberapa jam. Kalau takde pape masalah, korang boleh gunakan produk tu. Tu salah satu alternatif. Atau, korang boleh beli starter pack, atau travel pack untuk cuba dulu. Atau, ni alternatif paling selamat yang aku boleh sarankan. Korang boleh pergi kedai prganic dan cuba barang2 kat sana.
Antara kedai yang jual produk skincare organic ialah Faceshop, SkinFood (highly recommanded tapi barai la poket korang), Forever 21, O Nature, Nature Republic (rasanya tengah buat sale gila2 sebab tokei dia dah nak tutup kedai seluruh dunia), atau beli online jenama Origin (gilababi mahal), atau korang boleh je cari kat mall2 berlambak kedai2 produk skincare organic. Atauuuu, last alternatif, korang pakai je home remedies dari bahan2 slamat yang ada kat dapur korang tu. Korang boleh google cara buat mask, toner, mist apa semua tu sebab maybe next time baru aku post pasal home remedies yang power untuk korang try buat sendiri nanti.
6) Last but not least, scrub. Untuk scrub ni, semua jenis kulit boleh pakai. Takde masalah. Korang boleh beli kat drugstore (pastikan organic) atau korang boleh buat sendiri kat rumah dengan beras. Blend je beras ngan serbuk kunyit sikit, pastu tenyeh la kat muka korang. Sceub ni fungsinya membuang sel kulit mati dan melicinkan serta menghaluskan kulit. Jadi korang tak boleh pakai selalu. Pakai 3 kali seminggu dah ckup dah.
Jadi sekian saja tips and trick aku untuk korang pilih skincare yang terbaik dan berkesan ngan kulit korang. Kepada yang tanya aku pakai apa, aku pakai hada labo dan serum beras hahahaha. Nanti ada produk bagus lagi mcm cranberry juice bagai tu aku share ngan korang lagi k.
Nak share silakan.
Sumber dari ;
FB Khairul Yoi
Harga promosi sekarang RM 75 tau.. diskaun 50%... cepat2 rebut selagi stok masih ada !!
Kalau nak order wasap Mak Jah kat 0139561025 tau ๐


EmoticonEmoticon