Monday, 17 July 2017

Bahaya merkuri

Tags


'JOM BACA UNTUK KEBAIKAN BERSAMA'

Tadi ada baca 1 blog ni cerita pasal produk yg ada kimia & mercury ni sgt merbahaya. Produk yg beri kesan cepat pada kulit ni biasanya mengandungi kimia. Makin cepat kesan pada kulit, makin tinggi kandungan kimia dlm produk tu. Effect pada kulit untuk jangka masa singkat memang sgt hebat! Tapi bila tinggal terus dan tak guna kulit akan jadi teruk dari dulu. Allah 😭 sedih tak terkata. Kita nak cantik secara sihat. Ini antara yg saya baca dlm entri blog tu~> (kenalpasti produk yg ada kimia merbahaya)

-Pada pemakaian awal menyebabkan iritasi pada kulit dan kemerahan bila terkena sinar matahari.

-Warna Putih pada kulit tidak lazim, umumnya pucat.

-Kulit dapat berubah putih dalam waktu singkat (kurang 1 minggu, tergantung kadar kandungan merkuri, makin tinggi makin lebih cepat memberikan warna putih)

-Tidak timbul jerawat sama sekali, hal ini disebabkan lapisan kulit epidermis kita telah rosak, kulit sudah tidak mengandungi protein & melanin yang berfungsi utk melindungi radiasi sinaran matahari juga sudah tidak berfungsi, sampai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk pun tak ingin hinggap kat kita.

-Pori-pori tampak mengecil & halus, ini sebenarnya disebabkan lapisan kulit terluar wajah kita telah nipis oleh logam merkuri, nampak sepintas lalu kulit mengecil & halus. Untuk mengujinya anda boleh merasakan dengan mencubanya pada sinaran matahari, kulit terasa terbakar, gatal disertai kemerahan, hal ini disebabkan kulit wajah sudah tidak mendapat perlindungan dari melanin yang berfungsi melindungi wajah kita dari radiasi matahari.

-Bila anda telah tercemar merkuri & pemakaian dihentikan, akan timbul jerawat kecil-kecil disertai rasa gatal.

-Bila pemakaian dihentikan akan timbul bintik-bintik hitam di bawah kulit sebagian ataupun merata diwajah.

-Warna Putih pada kulit wajah lama-kelamaan akan berubah menjadi abu-abu lalu selanjutnya kehitaman.

-Untuk lebih lanjutnya dapat menyebabkan kanser kulit, kerosakan jaringan tubuh & menyebabkan kematian.

-Dapat melambatkan pertumbuhan, menyebabkan cacat & kematian pada JANIN.

Nasihat MakJah, berhati-hatilah semasa memilih produk kecantikan.. jangan sebab nak cantik..muka jadi bertambah teruk sebab salah guna produk. Pastikan produk betul2 mendapat kelulusan KKM dan nak lagi SELAMAT.. Gunalah produk yg 100% menggunakan sumber semulajadi. Bila kulit kita sebelum ni pernah guna produk yg ada kimia, lepastu kita tukar kepada Natural Product..kulit kita akan rasa pedih2, jerawat kecil timbul dan lain2 masalah sbb Natural Product yg kita guna tu nak pulihkan kembali kulit wajah kita. Setiap kulit wajah kita berbeza. Ada yg cepat kesannya dan ada yg lambat kesannya. Bila kesan cepat, kemungkinan kulit wajahnya sebelum ni tak tercemar dari produk yg ada kimia dan mercury. Sekian dari MakJah 😊
Wallahu'alam 😊

P/s: Jom cuba produk dari Nurraysa.. insyaAllah selamat dari bahan kimia berbahaya...


EmoticonEmoticon